Peperangan Di Bulan Ramadhan: Kelebihan Mujahid
Kisah peperangan yang berlaku di bulan Ramadhan sedikit sebanyak perlu kita sebutkan agar semangat jihad dapat ditiupkan dijiwa mukmin yang percayakan hari qiamat. Bulan Ramadhan bukanlah musim merehatkan badan kerana letih berpuasa dari makan dan minum, bahkan bulan ini mendidik kita agar lasak dari jihad dalam diri (rohani) dan jihad yang di luar (jasmani).
Kemenangan diri menghadapi segala bentuk bujukan nafsu akan membolehkan kita mencapai kemenangan yang lebih besar. Sekalipun kita kecil tapi bilangan yang besar bukanlah tanda kemenangan dan lambang kekuatan, sebaliknya hal yang sebegini perlu kita nilaikan dengan sebaik-baiknya.
Mari kita perhatikan beberapa peperangan yang berlaku dibulan ini, dan kejayaan muslimin terhadap musuh-musuh Islam, antaranya ialah medan pertempuran:
1] Badrul Kubra, pada 17 Ramadan tahun 2 hijrah. di antara 313 mujahidin dan 1000 orang musyrikin mekah. yang dipimpin oleh Rasul SAW sendiri.
2] Pembukaan kota Makkah, pada 20 ramadan tahun 8 hijrah. Nabi SAW bersama 10 ribu mujahidin menuju ke Makkah, dengan kemenangan ini maka bertukarlah kiblat utama umat Islam itu dari pencemaran berhala serta ideologi yang sesat kepada satu kesucian tauhid yang berpaksi kepada Allah semata, bermula dari detik inilah Islam mula berkembang ke pelusuk alam.
3] Al Qadisiyyah, pada tahun 15 hijrah. antara 30 ribu mujahidin dengan 120 ribu tentera Majusi maka terhamburlah satu kata-kata yang masih diingati oleh setiap pemuda Islam yang cintakan Allah dan RasulNya dari generasi ke generasi, dari seorang utusan Islam kepada kerajaan Parsi sebelum berlaku pertempuran itu, dengan katanya: "kami datang untuk mengeluarkan seluruh manusia daripada menyembah sesama manusia kepada menyembah Tuhan manusia (yang sebenar= Allah SWT). Dari kezaliman agama-agama (ideologi dan manhaj yang menganiayai manusia) kepada keadilan Islam serta membebaskan manusia dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat". Allah hu Akbar!!!
4] Pembukaan Andalus Islamiyah (Spain), pada 28hb Ramadan tahun 92 hijrah. diketuai oleh panglima masyhur Tariq b Ziyad bersama 12 ribu mujahidin menghadapi seratus ribu tentera goth di bawah pimpinan Roderick, selama 8 hari mereka bertempur dan akhirnya mujahidin syahid seramai 3000 orang dan kemenangan berpihak bersama mereka. dengan jumlah 9 ribu mujahidin tersebut mereka membuka semenanjung Iberia dan mengislamkan Andalusia.
5] Az Zallaqah, pada hari jumaat 25hb Ramadan tahun 479 hijrah. antara mujahidin menentang 80 ribu tentera portugis yang dipimpin oleh alfonso ke 6. dan dinyatakan bahawa hampir ke semua tentera musuh berjaya dihapuskan.
6] Ain Jalut, juga pada hari jumaat 25hb Ramadan tahun 685 hijrah. di antara mujahidin yang diketuai oleh sultan Quthuz dan panglima perang az Zhohir Baybars dengan tentera mongol/tartar. Dengan kemenangan ini menjadikan kemaraan tartar yang dianggap ya'juj ma'juj itu dapat dihalang dari terus menghentam setiap negara Islam yang lain.
7] Hittin, pada bulan Ramadan tahun 584 hijrah. Kisah kemenangan medan ini menyebabkan pihak tentera salib tidak lagi berani untuk cuba menyerang negara Islam. mujahidin diketuai oleh Sultan Salahuddin yang berjaya melumpuhkan kekuatan tentera salib, hampir 30 ribu orang berjaya dibunuh, ribuan lagi ditawan dan hampir 3 ribu orang berjaya diislamkan.
8] Perang Arab-Israel, 10 Ramadan 1393 hijrah. Kemenangan tentera Islam dalam menentang kemaraan israel dalam merebut terusan Suez sebagai jalan utama menawan laluan perdagangan dunia.
Beginilah kemampuan mujahidin yang berpuasa di sepanjang tarikh dan sejarah Islam, demi meninggikan panji-panji jihad dan kalimatuLlah di muka bumi ini. Dan inilah bukti kekuatan dan kemenangan bagi muslimin yang beriman.
Diceritakan oleh Yahya b Soleh menceritakan fulaih mengkhabarkan Hilal b Ali dari Atho' b Yasar dari abu hurairah r.a. katanya: telah bersabda Rasul SAW: "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, mendirikan solat dan berpuasa dibulan Ramadhan maka adalah hak Allah untuk memasukkannya ke dalam syurga, berjihad di jalan Allah dan bermukim di tanah kelahirannya, maka mereka bertanya: Ya RasuluLlah! apakah kami boleh menceritakan berita gembira ini kepada orang lain?,
Lantas Baginda SAW menyambung lagi: “sesungguhnya di syurga itu 100 darjat ditinggikan kepada mujahidin fi sabiliLlah, antara dua darjat itu adalah bagaikan langit dan bumi, maka apabila Allah bertanyakan kamu, mintalah kepadaNYA syurga firdaus kerana ia adalah syurga yang pertengahan dan syurga yang tertinggi sekali, aku melihat di atasnya Arasy Allah ar-Rahman dan darinya terpancar mata air anak sungai di syurga". [Bukhari]
Berjihad di jalan Allah dan bermukim di tanah kelahirannya= hendaklah kita membantu saudara kita yang tergolong dalam kelompok minoriti di negara kuffar, di sinilah bermulanya tarbiyah jihad bagi diri kita. segala pertolongan perlu kita salurkan buat mereka, tidak kira di mana sahaja mereka berada...... inilah dunia Islam yang kompleks.
waLlah hu alam
intahal kalam
Ya Allah..kurniakan kami keberkatan bulan ini, terimalah ibadat kami, bantulah kami melakukan puasa dan solat di dalamnya..amin..
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.