Friday, November 30, 2007

Dialysis Tak Ada Pulak Hari Sabtu nie

Hello,
Ayo-ayo lama giler aku tak update blog nie. Sekarang aku agak busy ngan study aku,business online aku+ kesihatan aku pun kekadang kurang sihat.

Hari nie jumaat, patut nya esok aku gie dialysis tapi, HD Al-Ridzuan ada Team Building Course pulak so kene dialysis hari Ahad ler.. Aduh rosak program aku. Patut nye Sabtu nie aku mesti wat shooting montage untuk final projek aku. Kacau betul.

Nak tak kene jugak ler wat hari Sabtu jugak shoot,Ahad pagi aku terus gie ke dialysis center. Aku kene siap jugak Final Projek nie kalau tak, tak grade ler aku..

Hari jugak my parents, my sis n my bro (Ekmal) gie Key Ell sebab cousin aku kawin hari Sabtu nie. Aku nak ikut, tapi tak boleh sbb aku kene dialysis jugak adoi.. Udah lama aku tak gie Kell Ell, last April 2007 tue pun gie main gig.

Apa2 pun aku harap weekend aku best hendak nya!

Chow!

Desktop PC RM600.00 Only (*Malaysian Only*)

Spec dia pentium 4, 80gb hdd, 512mb ram, dvd rom..tp nie x msuk monitor tau..

*Just Helping my friend

Nak info lagi terus ke link nie:
http://profile.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewprofile&friendid=111547987
or
http://www.thegate.com.my/

Tanya kat aku pun boleh!!

Kalau korang kat Shah Alam gie terus:
3dfx Technologies Sdn. Bhd.
Shah Alam , Selangor MY
http://www.thegate.com.my/




Friday, November 9, 2007

Kata-kata mengeratkan perhubungan

PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu


KEEMPAT .

Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.


KELIMA.

Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.


KELAPAN.

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.


KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.


KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.


KEDUABELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.


KETIGABELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"


KEEMPATBELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.


KELIMABELAS.

Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.


KEENAMBELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.


KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPANBELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hamamerosakkan sebuah persahabatan yang besar.


KESEMBILANBELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.


KEDUAPULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.


KEDUAPULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Aone Tube - Broadcast Your Viral - News and Updates Headline Animator

Aone Tube - Broadcast Your Viral - News and Updates

Support My Kidney By Download My Business Card