Friday, September 28, 2007

Solat Tarawih berjemaah bidaah hasanah

Salam, hari nie tak banyak tenaga yang aku kuar kn. Cuma pagi tadi jer gie Wan Nong repair laptop Kak Aya. Sebenarnya aku nie jarang sangay baca paper, kalau baca pun bab bab sukan & isu dunia. Tapi la kan,aku ada terbaca sesuatu tentang Solat Terawih, mnarik jugak bulan Ramdhan menambahkan ilmu pengetahuan. Di petik dari Harian Metro: Variasi.

Solat Tarawih berjemaah bidaah hasanah

SABDA Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Sesiapa mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadan, sedang dia beriman serta mengharapkan rahmat Allah, akan diampunkan dosanya yang lalu.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Menurut ulama, solat malam atau dipanggil qiamullail membawa maksud menghayati setiap malam Ramadan dengan solat sunat, terutama solat Tarawih.

Perkataan 'Tarawih' ialah kata jamak dari perkataan tunggalnya 'tarwihah' yang bermakna berhenti rehat, kerana orang yang mengerjakan solat Tarawih berhenti sebentar setiap kali selesai mengerjakan empat rakaat dengan dua salam.

Solat Tarawih sunat hukumnya dikerjakan oleh lelaki dan perempuan. Ia boleh dilakukan di rumah seorang diri atau secara berjemaah, tetapi lebih baik dikerjakan berjemaah di masjid atau surau.

Dari Aisyah r.a., katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. pada suatu malam (dalam bulan Ramadan) ketika jauh malam keluar lalu solat di masjid dengan diikuti oleh beberapa orang lelaki sebagai makmum.

Pada keesokan harinya hebahlah peristiwa itu diperkatakan orang, lalu mereka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua) serta mereka bersolat bersama-sama Baginda.

Keesokan harinya hebahlah peristiwa itu diperkatakan orang, lalu bertambah ramai orang hadir ke masjid pada malam ketiga. Rasulullah s.a.w. keluar ke masjid lalu solat dengan diikuti oleh sidang jemaah.

Sampai malam keempat, penuh sesaklah masjid dengan jemaah (tetapi Baginda tidak datang) sehinggalah Baginda keluar ke masjid untuk mengerjakan solat Subuh.

Selesai solat, Baginda menghadap orang ramai lalu (memulakan ucapannya dengan memuji Allah dan) mengucap syahadah, kemudian Baginda (menerangkan sebab Baginda tidak datang ke masjid mengerjakan solat Tarawih bersama), sabdanya:

“Amma Ba'du, sebenarnya tidak terlindung kepada aku mengenai kedudukan kamu (sebagai orang yang taat dan suka berbuat kebajikan), tetapi aku bimbang (solat Tarawih) itu akan difardukan atas kamu, maka dengan itu kamu tidak terdaya mengerjakannya.”

Sejak itu solat Tarawih tidak dikerjakan berjemaah tetapi masing-masing mengerjakannya dengan bersendirian, baik di rumah atau di masjid.

Keadaan ini berterusan sehingga pada zaman Saidina Umar al-Khattab r.a. barulah solat Tarawih dilakukan berjemaah di masjid menurut seorang imam yang dilantik oleh beliau sendiri.

Dari Abdul Rahman bin Abd al-Qari, katanya: “Pada suatu malam dalam bulan Ramadan, saya mengiringi Umar bin al-Khattab ke masjid, tiba-tiba (kami) dapati orang ramai (di situ) berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan berasingan, ada orang yang solat seorang diri, ada pula yang solat lalu diikuti oleh beberapa orang.

(Melihatkan yang demikian) Saidina Umar berkata: “Aku fikir, kalau aku kumpulkan mereka ini semuanya berimamkan seorang imam, tentulah amalan itu amatlah baiknya.”

Kemudian beliau mengambil keputusan lalu mengumpulkan mereka semuanya berimamkan Ubai bin Kaab.

Selepas itu, saya mengiringi Saiyidina Umar pada suatu malam yang lain (pergi ke masjid), (pada ketika itu) orang ramai sedang solat berimamkan imam mereka (yang terbabit).

(Melihatkan yang demikian) Saidina Umar berkata: “Amalan ini satu perbuatan bid'ah yang baik...” (Hadis Riwayat Bukhari)

Menurut huraian ulamak, perkataan 'bidaah yang baik' disebutkan oleh Saidina Umar r.a., ialah arahannya mengenai “solat Tarawih dengan berjemaah” selepas beliau menjadi khalifah Islam.

Saidina Umar mengaku arahannya itu 'bidaah' tetapi ia 'bid'ah yang baik' (bidaah hasanah) kerana dapat menyatupadukan umat Islam dan kerana itulah ia diterima dengan ijmak oleh sahabat Nabi yang ada pada zamannya serta diwarisi umat Islam.

Begitu pun dari segi bilangan rakaat ada banyak keterangan mengenainya. Tetapi menurut yang dipilih dan diamalkan kebanyakan ulama dari kalangan mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali ialah 20 rakaat berdasarkan amalan sahabat Nabi dalam zaman Saidina Umar.

Dari Al-Sa'ib bin Yazid r.a, katanya: “Mereka (sahabat-sahabat Nabi) biasanya mengerjakan solat Tarawih dalam bulan Ramadan - pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab, sebanyak 20 rakaat ..” ( Riwayat Baihaqi)

Imam Baihaqi menyebutkan satu hadis lagi yang diriwayatkan Imam Malik dan Yazid bin Ruman, katanya: “Biasanya orang ramai mengerjakan solat Tarawih dalam bulan Ramadan - pada zaman Saidina Umar r.a. sebanyak 23 rakaat ...”

Dalam ulasannya, Imam Baihaqi berkata: Kedua-dua hadis terbabit (tidak bercanggah) malah boleh disatukan kerana mereka mengerjakan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat (seperti yang tersebut dalam hadis pertama), kemudian mereka mengerjakan solat Witir tiga rakaat (seperti yang tersebut dalam hadis kedua).

Solat Tarawih sebanyak 20 rakaat ialah pilihan mazbab Syafie, Hanafi dan Hanbali berdasarkan hadis terbabit.

Menurut mazhab Maliki pula, pada mulanya solat Tarawih dikerjakan sebanyak 20 rakaat juga, kemudian ditambah 16 rakaat disertakan dengan tiga rakaat solat Witir menjadikan jumlahnya 39 rakaat.

Tetapi menurut sesetengah ulama rahimahullah, solat Tarawih boleh dikerjakan sebanyak lapan rakaat dan boleh dikerjakan sebanyak 20 rakaat.

Mengenai lapan rakaat, mereka menerangkan: Menurut beberapa hadis sahih, Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat Tarawih sebanyak lapan rakaat disertakan dengan tiga rakaat solat Witir.

Kata mereka lagi: Menurut hadis sahih, sahabat Nabi mengerjakannya sebanyak 20 rakaat dalam zaman Saidina Umar r.a.

Ada pula segolongan kecil yang terdorong membidaahkan amalan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat, kerana dakwa mereka hadis yang menjadi dalilnya bukan hadis sahih.

Ahli fiqah dan ahli hadis yang masyhur, menegaskan bahawa hadis terbabit sahih dan mereka menyajikannya dalam kitab mereka sebagai dalil bagi solat Tarawih sebanyak 20 rakaat yang mereka amalkan.

Di antaranya ialah Imam Syafie (lebih suka mengerjakan 20 rakaat solat Tarawih), Imam Nawawi (menerangkan dalam kitabnya bahawa menurut mazhab Syafie, bilangan rakaat solat Tarawih ialah 20 rakaat dengan 10 salam selain daripada (tiga rakaat) solat Witir).

Kesimpulannya, solat Tarawih 20 rakaat ialah 'sunnah sahabat Nabi' kerana ia dilakukan oleh Saidina Umar dan sahabat Nabi yang ada pada zamannya, termasuk Saidina Uthman dan Saidina Ali r.a.

Satu hadis riwayat Tirmidzi, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan (maksudnya): “Hendaklah kamu menurut sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah al-Rasyidin. (yang datang kemudian daripada aku).”

Apa pun, solat yang sempurna dan mendapat ganjaran ialah yang dikerjakan dengan tenang dan khusyuk, sempurna bacaannya dan sempurna segala-galanya, malah hati ikhlas beribadat kerana-Nya.

P/S: Semoga kita sesama mendapat keberkatan di bulan Ramadhan..InsyaAllah..

Tuesday, September 25, 2007

Geram, Marah Yang Teramat Sangat

Salam, agak busy akhir akhir nie. Virus yang menyerang PC Wan Nong dah settle, Kak Aya pun berpuashati, dapat ler aku bayar. Cua masalah nye printer jer. Tengok ar hari Rabu nie aku datang lagi ke Wan Nong.

Title kat atas tue bukan ada kaitan ngan Wan Nong Haemodialysis Center ke, Kak Aya ke nie pasal pembunuhan adik Nurin. Hari ini genap 3 hari arwah adik Nurin disemadikan. Dalam tempoh itu pembunuh maha zalim yang memperkosa dan menamatkan riayat hidup gadis manis masih bebas. Huh! Binatang sungguh! Tempoh itu juga seluruh rakyat berdoa dan mengadakan solat hajat agar si laknat itu segera ditangkap. Kalau aku dapat, perghhh! Hanya tuhan yang tahu apa yang aku nak buat. Aku rock2 jugak tapi bab2 dera2, rogol ke, bunuh ke, aku panas hati jer dengar nye. Dah tue budak kecik lagi, apa lah salah dier.Aku kalau bab2 budak kecik ngan pompuan nie aku lemah sikit. Masih ada sentimental dalam diri woo..ish!ish!!


Apa pun, aku percaya si laknat itu, akan ditangkap tidak lama lagi. Aku baca paper hari nie, Polis berjanji akan menagkap si laknat dah selesai kan kes ini seberapa segera. Ermmm...walaupun, banyak kes2 seperti ini sukar dapat diselesaikan. Aku Harap sangat, bukan aku sorang jer seluruh rakyat Malaysia dalam @ luar kes Nurin dapat diselesaikan. Gua yakin pada kecekapan Polis DiRaja Malaysia.(wlpn aku sidikit temper ngan polis nie)

Dapat aje si laknat nie bicara cepat, kasi sebat, rantai, gantung pembunuh tue jangan kasi peluang.Aku tahu negara kita ada undang2, kene ikut prosedur itu ini, tapi bagi kes ini kene cepat di selesaikan. Sekaang nie pun ada pulak ura2 nak dakwa family mangsa. Dengan alasan cuai. Apa kejadahnya. Yang cakap nie boleh kata la x terjadi kat diorang@family diorang. Kalau jadi kat diorang baru dier tahu. Aku bukan apa, masa2 nie ler baru diorang nak bangkitkan isu.Tak da otak ke?!!

Boleh kata, "Undang-undang tetap undang dan kita kena ambil tindakan kerana Rukun Negara kita adalah untuk menegakkan undang2"..Apadahell!!!!! OOO!! Ini baru undang2 la yea..abis tue kes2 yang laen bukan tak ada undang2 ke..tutup sebelah mata jer ek..Come lah..stop the nonsense!! Ish!! Malas aku dah..


Apa yang aku tahu aku tak setuju kalau family arwah adik Nurin didakwa. "Cuai" sangat relatif ler berilah definisi yang tepat sikit jangan nanti ada jer "cuai" dakwa jer..Cam nie mereka pun boleh kene ler jugak heehehehe..pikir sendiri ler korang pun ada anak + cucu.. Satu lagi media nie uish!! Pun satu cam orang yang tulis berita ini tak da family jer..ada jer cari salah orang. Gua tahu korang cari berita jaga ler sikit sensitiviti masyarakat kita..jgn ingat nak untung jer.

Dah aku maleh nak merepek dah, aku harap si laknat tue ditangkap secepat mungkin. Amin!

Al-Fatihah buat arawah Adik Nurin..rest in peace sayang! Amin!


P/S: Sendiri mau ingat ler oi!!

Saturday, September 22, 2007

Kau Masih Kekasih Ku..Huhuhuhu

Nothing much..Oklah this music video i dedicated to someone i really admire & i love so much. What ever you do, where ever you stay i always be with you even you don't know. :)

Enjoy!

Wednesday, September 19, 2007

Sampai Kapan Lagi..

Salam, Alhamdulillah hari nie puasa yang 7. Ermm..lama gak ek aku x post kt sini. Al-Maklum ler busy cikit. Hari x da dialysis so aku puasa ler hari nie. Aku tido pun hari nie lepas sahur, senang terus solat subuh sekali. Pukul 10:30pg aku dah bangun..aduh pening aku kepala aku. Mandi mandi siap gie Yik Yong cari cartridge Lexmark E220. Cari punya cari x jumpa lagi, mereka kata xd stock ermmm..nak wat cam dah xda. Kak Aya message aku, tanya nak datang pukul bape, dier kata pukul 12:00 boleh? Aku jawab ler yea ok aja.. Hah! Nak tahu aku gie mane? Aku gie Wan Nong Heamodialysis Center, aku skunk nie tengok tengok kan PC diaorang yang kene virus tue. Skunk nie Kak Aya yang in charge..rase cam nak tukar sana jer balik. Tapi tengok ler kalau Dr.Mohamed Ello nak in charge patient kat situ aku tuka ler. Senang sikit dekat jer ngan umah aku.

Kul 12:00 tgh aku dah ada kat Wan Nong, masa ku aku datang Ema ngah wat keje taip surat. Comey budak nye, tapi comey lagi "she" hehehehehe (Gilo bayang aku nie). Biaq pie ler. Kak Aya tanya ada ke cartridge tue, aku cakap ler tak ada. Aku bagi ler suggestion suruh tuka printer baru..alah printer skunk nie pun dah murah dah. Kak Aya kata kene tanya Doc Gedut dulu. Lepeh tue aku wat keje aku. Instal AVG Free Versin ngan Spyware Terminator. Hais tue aku check2 pergh memang banyak virus nya, trackking code giler banyak. Nie keje En. Ezry ( ex-in charge) kuat bebeno tengok porn. Keje aku tak abis lagi, sambung bila aku free nanti.

Pukul 3:40 aku dah ada kat umah pergh penat wei. Sampai jer aku solat Zohor dulu, afta relax2 jap..layan Adik di 9..Layan katun ler. Abis SpongeBob, solat Asar plak..Ngantuk dah, aku mandi ler lagi best.

Malam cam besa la bulan Ramadhan gieTeraweeh. Abis tue lepak stall. Boring! dah ar panas..baik aku balik layann internet :)

Tetiba plak teringat kat "she" ..Sampai kapan lagi ek kita ketemu.. ????

Slank - Ku Tak Bisa

Saturday, September 15, 2007

Hari Jumaat Yang Tenang


Salam, Alhamdulillah hari ke 2 Ramadhan. Hari aku puasa wei..Yahoo! Hehehehe..Hari ini Jumaat. Kalau korang nak tahu hari jumaat ler yang paling tenang. Sebab apa aku kata cam tue. sebab esok dah cuti dah, dah masuk hari minggu. Kalau korang tak percaya, orang yang berkerja yang paling gembira sebab dah cuti esok hari nye sama gak ngan budak2 sekolah hehehehe.. Lagi satu hari Jumaat korang akan rase redup je, kalau ujan pun ujan dier sgt ler harmoni nye hahahaha.

Wah! Syok nye hari Jumaat. Hari Jumaat kene pie Solat Jumaat. Bestkan, kita boleh tengok masjid penuh. Dengar pulak khutbah alahai ada masuk pengethuan sikit dan bagi rasa kesedaran pada diri kita. Kekadang kita lupa apa yang penting dalam hidup.Idak ler asyik ingat duit je. :). Jumaat ada lah hari yang paling istimewa.


Tetapi di negara-negara barat yang kebanyakan penduduknya beragama Kristian, ada sesetengah orang yang percaya akan tahayul percaya jika hari Jumaat jatuh pada 13hb, hari itu dianggap hari yang malang. Di dalam agama Kristian juga, ada satu hari perayaan yang jatuh pada hari Jumaat yang dipanggil Good Friday. Good Friday jatuh pada hari Jumaat sebelum Easter.

Hari Jumaat merupakan hari kelepasan am/hari bekerja separuh hari bagi negeri-negeri di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Ah! Lagi hari Jumaat, korang boleh usah awek-awek yang ayu sebab kebanyakan mereka pakai baju kurung. Tak ke ayu tue. Cantik jer. (Aku suka awek pakai Kebaya ..hehehe)

Meh aku cerita Kelebihan Hari Jumaat dari sudut Islam.

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".

Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.

Doa Antara Dua Khutbah

Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.

Sedekah Pada Hari Jumaat

Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat. (Tambah pulak di bulan Ramadhan lagi ler berlipat ganda)

Mati Pada Malam Jumaat

Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat

Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".
Ibadah pada hari Jumaat.

Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.

Selawat

Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.

Mandi dan Pakaian

Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.

Memotong Kuku

Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.


Wah! Hebat kan Hari Jumaat, :)


*Aku gie Terawih hari nie, abis aku buat..Alhamdulillah**

* Still miss sumone**

Friday, September 14, 2007

Ramadhan, Dialysis & Aku.

Salam, hye Alhamdullilah hari(smlm) kta dah masuk 1 Ramadhan. Aku bersyukur sangat aku menemui Ramadhan lagi tahun. Nie Ramadhan yang ke 6 tahun sejak aku sakit buah pinggang. Aku harap Ramadhan kali nie membawa kelainan dalam hidup aku.

Hari nie (smlm) aku ingat nak puasa tapi my mum tak kejut kan aku sahur. Pagi ini (smlm) aku kene gie dialysis. Kene datang awal seawal 6:30pg dah aku kene berada kat Haemodialysis Center. So, kira nya awal Ramadhan nie aku tak berpuasa ler. Aku bangun pukul 5:30pg, terus je bangun mandi siap2 terus solat Subuh. Ngam2 pukul 6:00pg aku dah gerak ke Al-Ridzuan Haemodialysis Center di Ipoh. Lebih kurang (kalau jalan x jam ler) 30-45minit dari umah aku.

Aku sampai kat sana tepat jam 7:00pg. Perghh..ramai gak yang datang awal. Aku mula dialysis pukul 6:40pg. 4 jam oooo kene diaysis. Aku x puasa hari nie. Seperti yang aku kata tempoh hari, hari aku kene amik darah (blood test), banyak juga yang diorang amik. Harap harap HB aku elok ler, kalau tak masuk wad ler aku. Tak sanggup dah masuk wad. Fiza? Nurse Fiza ada hari nie, alahai lemah lembut betul dier..tapi skali marah gempa bumi ooo..(aku raser ler). Tiba2 plak rindu plak pada Staff Nurse Kak Aya. Kak Aya dah ditukar handle Haemodilaysis di Batu Gajah(my hometown), tempat aku dialysis dulu sebelum tukar ke Al-Ridzuan.

Badan aku rasa laen cam plak, aku suruh Nurse Fiza off aku. Rasa nak kejang jer. Kejang plak tue kat dada. Rasa pening pun ada. Hari aku dialysis tak abis pun 4 jam, stakat 3 jam 20 minit jer. Dah aka tak larat, nasib baik tak puasa kalau tak tentu aku flat punya.Arggghh..pening pulak..Drive balik.

Sampai umah terus masuk bilik rehat jap. Online Myspace balas komen Ieta n As dn ramai lagi ler.Dah melalut plak aku..Ringkas nye hari nie aku tak puasa, TAPI esok pasti aku puasa, n hari jugak dh mula ada kelas dah> Lepas berbuka aku terus gerak ke kelas. Balik relax2 jer...

Ermm..hope tomorow is better than yesterday!

P/S: Missing sumone la...huhuhuhuhu

Thursday, September 13, 2007

Kelebihan Bulan Ramadhan

Salam semua, hye hehehe..hari nie aku nak post kisah bulan Ramadhan. Ok ek harap kita ambil berkat dari nya. :) Mari kita renung bersama.

Peperangan Di Bulan Ramadhan: Kelebihan Mujahid

Kisah peperangan yang berlaku di bulan Ramadhan sedikit sebanyak perlu kita sebutkan agar semangat jihad dapat ditiupkan dijiwa mukmin yang percayakan hari qiamat. Bulan Ramadhan bukanlah musim merehatkan badan kerana letih berpuasa dari makan dan minum, bahkan bulan ini mendidik kita agar lasak dari jihad dalam diri (rohani) dan jihad yang di luar (jasmani).

Kemenangan diri menghadapi segala bentuk bujukan nafsu akan membolehkan kita mencapai kemenangan yang lebih besar. Sekalipun kita kecil tapi bilangan yang besar bukanlah tanda kemenangan dan lambang kekuatan, sebaliknya hal yang sebegini perlu kita nilaikan dengan sebaik-baiknya.

Mari kita perhatikan beberapa peperangan yang berlaku dibulan ini, dan kejayaan muslimin terhadap musuh-musuh Islam, antaranya ialah medan pertempuran:

1] Badrul Kubra, pada 17 Ramadan tahun 2 hijrah. di antara 313 mujahidin dan 1000 orang musyrikin mekah. yang dipimpin oleh Rasul SAW sendiri.

2] Pembukaan kota Makkah, pada 20 ramadan tahun 8 hijrah. Nabi SAW bersama 10 ribu mujahidin menuju ke Makkah, dengan kemenangan ini maka bertukarlah kiblat utama umat Islam itu dari pencemaran berhala serta ideologi yang sesat kepada satu kesucian tauhid yang berpaksi kepada Allah semata, bermula dari detik inilah Islam mula berkembang ke pelusuk alam.

3] Al Qadisiyyah, pada tahun 15 hijrah. antara 30 ribu mujahidin dengan 120 ribu tentera Majusi maka terhamburlah satu kata-kata yang masih diingati oleh setiap pemuda Islam yang cintakan Allah dan RasulNya dari generasi ke generasi, dari seorang utusan Islam kepada kerajaan Parsi sebelum berlaku pertempuran itu, dengan katanya: "kami datang untuk mengeluarkan seluruh manusia daripada menyembah sesama manusia kepada menyembah Tuhan manusia (yang sebenar= Allah SWT). Dari kezaliman agama-agama (ideologi dan manhaj yang menganiayai manusia) kepada keadilan Islam serta membebaskan manusia dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat". Allah hu Akbar!!!

4] Pembukaan Andalus Islamiyah (Spain), pada 28hb Ramadan tahun 92 hijrah. diketuai oleh panglima masyhur Tariq b Ziyad bersama 12 ribu mujahidin menghadapi seratus ribu tentera goth di bawah pimpinan Roderick, selama 8 hari mereka bertempur dan akhirnya mujahidin syahid seramai 3000 orang dan kemenangan berpihak bersama mereka. dengan jumlah 9 ribu mujahidin tersebut mereka membuka semenanjung Iberia dan mengislamkan Andalusia.

5] Az Zallaqah, pada hari jumaat 25hb Ramadan tahun 479 hijrah. antara mujahidin menentang 80 ribu tentera portugis yang dipimpin oleh alfonso ke 6. dan dinyatakan bahawa hampir ke semua tentera musuh berjaya dihapuskan.

6] Ain Jalut, juga pada hari jumaat 25hb Ramadan tahun 685 hijrah. di antara mujahidin yang diketuai oleh sultan Quthuz dan panglima perang az Zhohir Baybars dengan tentera mongol/tartar. Dengan kemenangan ini menjadikan kemaraan tartar yang dianggap ya'juj ma'juj itu dapat dihalang dari terus menghentam setiap negara Islam yang lain.

7] Hittin, pada bulan Ramadan tahun 584 hijrah. Kisah kemenangan medan ini menyebabkan pihak tentera salib tidak lagi berani untuk cuba menyerang negara Islam. mujahidin diketuai oleh Sultan Salahuddin yang berjaya melumpuhkan kekuatan tentera salib, hampir 30 ribu orang berjaya dibunuh, ribuan lagi ditawan dan hampir 3 ribu orang berjaya diislamkan.

8] Perang Arab-Israel, 10 Ramadan 1393 hijrah. Kemenangan tentera Islam dalam menentang kemaraan israel dalam merebut terusan Suez sebagai jalan utama menawan laluan perdagangan dunia.

Beginilah kemampuan mujahidin yang berpuasa di sepanjang tarikh dan sejarah Islam, demi meninggikan panji-panji jihad dan kalimatuLlah di muka bumi ini. Dan inilah bukti kekuatan dan kemenangan bagi muslimin yang beriman.

Diceritakan oleh Yahya b Soleh menceritakan fulaih mengkhabarkan Hilal b Ali dari Atho' b Yasar dari abu hurairah r.a. katanya: telah bersabda Rasul SAW: "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, mendirikan solat dan berpuasa dibulan Ramadhan maka adalah hak Allah untuk memasukkannya ke dalam syurga, berjihad di jalan Allah dan bermukim di tanah kelahirannya, maka mereka bertanya: Ya RasuluLlah! apakah kami boleh menceritakan berita gembira ini kepada orang lain?,

Lantas Baginda SAW menyambung lagi: “sesungguhnya di syurga itu 100 darjat ditinggikan kepada mujahidin fi sabiliLlah, antara dua darjat itu adalah bagaikan langit dan bumi, maka apabila Allah bertanyakan kamu, mintalah kepadaNYA syurga firdaus kerana ia adalah syurga yang pertengahan dan syurga yang tertinggi sekali, aku melihat di atasnya Arasy Allah ar-Rahman dan darinya terpancar mata air anak sungai di syurga". [Bukhari]

Berjihad di jalan Allah dan bermukim di tanah kelahirannya= hendaklah kita membantu saudara kita yang tergolong dalam kelompok minoriti di negara kuffar, di sinilah bermulanya tarbiyah jihad bagi diri kita. segala pertolongan perlu kita salurkan buat mereka, tidak kira di mana sahaja mereka berada...... inilah dunia Islam yang kompleks.

waLlah hu alam
intahal kalam

Ya Allah..kurniakan kami keberkatan bulan ini, terimalah ibadat kami, bantulah kami melakukan puasa dan solat di dalamnya..amin..

Wednesday, September 12, 2007

Selamat Menyambut Ramadhan al- Mubarak


Salam, wah penat giler hari nie, gie dialysis pagi tadi. Balik rumah sampai kul 12:30tgh. Samapi je rumah makan ubat dulu then launch ler. Makan nasi goreng je. Argghhh! penat sangat ler plak hari nie. Masuk bilik buka jap PC usha Myspace ngan Multiply jap. Kat multiply aku upload lagu As I Lay Dying album baru. An Ocean Between Us tajuk album nye. August 21 dah kluar nye. Line up baru, bassist lame dah tumpu pada family jew kata mereka ler.

Wah! Hari Khamis nie start ler puasa. Yahoo!! bulan puasa ler best, makanan x ingat hahahaha. Tapi, aku harap sangat aku dapat puasa ler tahun nie. Cam tahun lepas boleh kira bape kali je aku puasa. Aku harap xda ler aku rasa cold je bila nak puasa. Eh! Aku bukan sengaja x nak puasa le..ada sbb aku kekadang tue x boleh puasa. Aku sakit ler, tapi bukan alasan kan. Aku nak try gak puasa tahun nie. Amin!


Anyway aku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak ke semua muslimin dan muslimat seluruh dunia, semoga Ramadhan ini memberi kejayan kepada kita semua.. Amin!

Tuesday, September 11, 2007

Aku Merasa Ku Kenal Dia!

Hye, hari nie(smlm) aku balik dr Shah Alam. Aku gerak dari Shah Alam pukul 11:30pg. Kawan2 aku dh gie keje dah masa aku bangun tue. Ed pesan campak kunci balik dalam rumah. Pergh! Aku balik sorang2 je. Sebab John dah gerak dah semalam. Nasib baik ler Station Bus Shah Alam dekat je ngan umah membe aku. Kalan kaki berape langkah jew dah sampai.

11:30pg bas meninggalkan Shah Alam. Aku naik Perak Roadway. Seat aku 21. Mula2 tue ada chicky duduk sebelah aku, lepas je Sunway chicky tue duduk tempat laen. Alah, cam ler aku nak ngorat, aku xda mood nak ngorat ler..x nk pun hehehehe. Aku rase chicky tue student UITM Shah Alam.

Alhamdulillah, pukul 2.30ptg aku dah sampai Ipoh. John dah tunggu dah. Aku ajak John gie GM, sbb aku nak cari kabel usb handphone aku. John drive, aku smoke some cigarrate. Sampai GM, usha2 ler handset skali and chicky sekali. Usha je, bukan luak pun..hehehehe. Tanya punya tanya, satu kedai pun xda jual kabel tue.Hampeh betul! Tapi, kami jumpa Atan Misai pulak. atan anta handset dier rosak. Aku ngan John blah, Atan tinggal sorang. Aku pun mase tue dah mgantuk dah.

Balik Batu Gajah aku yang drive. Anta John, sampai umah pukul 3:45ptg. Mak aku gelakkan aku pulak sbb Perak kalah. Aduh pedih nye. Tapi aku enjoy, sebab suasana kat Stadium laen dude! Feel semacam hehehehe.. Benda yang 1st aku buat bila sampai umah,aku makan hehehehe..Lapo ler..lepas tue layan katun di TV9.

Aku ingat nak tido, tap tengok jam pun dah dekat nak Magrib. Aku buka jap internet, usha aku nye Myspace, balas comment2, tutup aku relax jap.

Lepas Magrib aku layan TV je, tah aku pun x tahu nak wat ape. "She" ermmm..x jumpa mase kat Shah Alam. "She" keje maybe "she" penat. Takpa ler..nak wat cam ne ek..Move on je ler!

Malam kul 11:30 aku keluar jap lepak stall. Kul 12:30 aku balik dah. Still penat & sleepy.

Apa2 pun hope 2moro something nice will happen..I hope! :) Da!

Saturday, September 8, 2007

WOW! WoW! Auw!

Hahahaha..apa lar nye boring giler hari nie. Hari cam besa aku bangun kul 11 am, mandi + siap2 nak gie beli tiket bas. Aku nak gie Shah Alam esok(hari nie), nak gie Bukit Jalil nak tengok final Piala Malaysia antara Perak VS Kedah. Aku gie ngan John, Tuan Haji & Eddy tunggu saner.

Tiket bola Tuan Haji yang nak beli. Ermm..baik aku jejalan lagi pun bukan ada aktiviti aper pun.
Dapat jugak beli tiket bas, naik kul 1:15pm. Harap esaok xda masalah apa2..InsyaAllah..Amin!

Lepas balik dari beli tiket bas, lepak umah cousin aku datang. Maen2 jap ngan anak dier. Then dier ajak aku gie airport gie amik hubby. Kluar lagi aku...huhuhuh penat oit. Samapi umah kul 8:00pm..lepak layan citer Holes kang kul plak aku kene gie amik bapak aku.

Arggh! Ngantuk..esok nak gie dialysis dulu..afta baru gie Shah Alam..
(Hope to "she")

Da!

Friday, September 7, 2007

Sweet September I Hope :((

Hello, i really hate my life!

Aone Tube - Broadcast Your Viral - News and Updates Headline Animator

Aone Tube - Broadcast Your Viral - News and Updates

Support My Kidney By Download My Business Card