Monday, May 28, 2007

Pemain Malaysia tak wajar digelar pondan: Darby

Hehehehe nie ape citer nie. Orang Malaysia nie patur bangga ler, dengan apa yang ada. Salah sikit nye, ah tuding cari dia lah, orang tue lar..ape ke hell nya. Sama ler gak ngan bola sepak Malaysia..mmg dah tahu bola sepak Malaysia teruk jangan ler kutuk plak..lagi teruk ader ler...Senator Dr Mohd Puad Zarkashi di Dewan Negara suka hati jew kata player Malaysia pondan!! Die tue reti main bola ke? Kalau ada ok ler, kalau xda hahahahaha..sendiri mau ingat lar..Korang tengok Steve Darby orang luar, die bidas kenyataan Senator Dr Mohd Puad Zarkashi.Orang politik nie pandai cakap jew!! Ku tangan juga kang!!

Pemain Malaysia tak wajar digelar pondan: Darby
Oleh Mohd Fadzrie Hazis
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Sukan/20070528061125/Article/Sport_html

PUAS berkelana hampir dua dekad di pelbagai negara, Steve Darby kini mampu dengan yakin menegaskan: ‘Pemain Malaysia punya kemampuan setanding dengan bintang Australia’.
Jurulatih Perak itu menganggap tiada cacat atau celanya pemain negara, jauh sekali layak digelar ‘pondan’ kerana mereka mempunyai kesungguhan dan komitmen setiap kali menyarung jersi skuad negara.“Sebagai jurulatih untuk dua pemain dalam skuad kebangsaan (K Nanthakumar dan Shahrulnizam Mustapha), saya tiada kata-kata untuk menggambarkan kesungguhan dan komitmen mereka.

Saya juga tiada keraguan terhadap pemain lain dalam skuad kebangsaan,” katanya.Malah Darby turut berani menegaskan betapa pemain negara seperti Indra Putra Mahayuddin setanding dengan bekas pemain skuad Piala Dunia Australia, Stan Lazaridis yang pernah beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).“Saya pernah melatih Lazaridis ketika dia masih remaja, dan apa yang saya dapati Indra mempunyai keupayaan yang setaraf dengannya, begitu juga dengan Scott Chiperfield yang turut mempunyai keupayaan setahap Indra dan kini beraksi di Switzerland.“Selain Indra, saya rasa ramai lagi pemain dalam skuad kebangsaan sebenarnya berupaya beraksi di Eropah, mungkin tidak dalam liga utama tetapi di Divisyen Dua seperti Liga Kejuaraan dan Liga Satu di England,” katanya

.Selain Indra, Darby turut berpendapat pemain lain seperti Hairuddin Omar, Shukor Adan dan juga pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Razak mampu untuk beraksi di England.Pengakuan itu lahir selepas Darby sudah menyaksikan segalanya, hasil pengalaman pernah menjawat jawatan selaku Pengarah Kejurulatihan Sheffield Wednesday di England, Pegawai Pembangunan Belia Nasional Institut Sukan Australia (AIS) selain mengemudi skuad negara dan kelab di beberapa negara Asia.

Reaksinya itu jelas menempelak kenyataan Senator Dr Mohd Puad Zarkashi di Dewan Negara, baru-baru ini, yang melabel pemain kebangsaan sebagai pondan. Buat Darby, pandangan sebegitu tidak langsung memberi manfaat kepada mana-mana pihak. “Sebagai seorang ahli politik, adalah lebih baik Dr Mohd Puad menggunakan kedudukannya untuk memperbaiki padang latihan dan bola sepak untuk semua, selepas itu mungkin baru kita dapat melihat peningkatan dalam bola sepak negara seperti yang diharapkan semua orang, ” katanya.

Bagi Darby, punca utama kemajuan yang dicapai Korea Selatan dan Jepun adalah kerana pelaburan kewangan besar terhadap kemudahan-kemudahan bola sepak yang dijaga dengan baik, serta mampu mencapai program pembangunan jangka panjang.Penggunaan padang atau stadium secara berlebihan untuk aktiviti lain selain bola sepak juga disifatkan Darby sebagai antara penghalang kemajuan bola sepak negara.


~Ish ish malu malu~

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Aone Tube - Broadcast Your Viral - News and Updates Headline Animator

Aone Tube - Broadcast Your Viral - News and Updates

Support My Kidney By Download My Business Card